KITA YANG KERDIL...

di bawah naungan-NYA

Harta Yang Berkat

Published by Peah under , on Thursday, October 15, 2009


IMAM ALI BIN ABI THALIB ADA MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH S.A.W. BERSABDA,

'' APABILA ALLAH TAALA TIDAK MEMBERKATI HARTA SESEORANG MANUSIA ITU, IA DAPAT DILIHAT BAGAIMANA HARTA ITU DIHABISKAN SEUMPAMA MENAKUNG AIR DI TANAH. IA TIDAK MENINGGALKAN APA-APA KESAN SEKALIPUN.''


Perkataan air dan tanah pada hadis di atas lebih merujuk kepada perbuatan membina rumah sebagai tempat tinggal. Rasulullah s.a.w. tidak melarang umatnya membina rumah kediaman. Cuma baginda menegah umatnya membina rumah melebihi kemampuan mereka. Sebagai contoh, seseorang yang berpendapatan yang sangat kecil, tetapi membina rumah melebihi kemampuannya. Apatah lagi apabila rumah yang dibina itu dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Apalah gunanya memiliki kediaman seindah istana jika penghuninya SOMBONG DAN BONGKAK. Malahan, ia tidak akan mendatangkan apa-apa feadah sekalipun kepada penghuninya. Apatah lagi feadah kepada orang-orang sekelilingnya. Jika tidak berhati-hati, kediaman yang sebegini boleh mendatangkan rasa MEGAH dan BANGGA DIRI kepada pemiliknya. Ia menyebabkan pemiliknya sombong dengan apa yang dimilikinya. Sifat sebegini tidak sepatutnya ada dalam diri setiap umat Islam. Ini kerana apa sahaja dimiliki tidak akan kekel bersama-sama kita. Apabila kita meninggal dunia kelak, semuanya akan ditinggalkan begitu sahaja, biar sebesar manapun kediaman yang kita miliki. Jika ia besar dan indah sahaja tanpa apa-apa tujuan yang bersifat Rohani dan pendidikan maka ia dikhuatiri tidak akan membantu pemiliknya di akhirat kelak.

Matlamat utama umat islam dalam mencari rezeki adalah untuk mendapat keberkatan daripada ALLAH S.W.T. Berkat bermaksud apa sahaja yang kita lakukan dan yang kita kumpulkan semasa di dunia menjadi bekal keperluan di akhirat kelak. Dalam konteks ini, setiap manusia perlu seimbangkan keperluan dunia dan akhirat. Oleh itu, setiap umat islam perlu mencari keperluan hidup secara Halal semata-mata.

Salah satu petanda harta yang kita miliki itu tidak ada berkatnya adalah apabila dibelanjakan ke arah sesuatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain.Pemiliknya mungkin membazirkan hartanya bebitu sahaja tanpa disedarinya. Harta yang berkat adalah harta yang memberikan manfaat bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga kepada orang lain. Jika ia dibelanjakan, pemiliknya akan membelanjakan ke jalan yang baik. Ini soal berkat ataupun tidak berkat. Ia bukan soal sedikit ataupun banyak.

Rasulullah s.a.w menegah umatnya menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada pada diri mereka. Sebaliknya, baginda menggalakkan kekayaan yang ada pada seseorang itu dikongsi bersama-sama mereka yang memerlukan. Untuk itu, bagi mereka yang tergolong dalam golongan orang-orang yang berkemampuan, mereka diwajibkan mengeluarkan sebahagian daripada harta milik mereka untuk diberikan kepada golongan-golongan yang layak menerimanya. Harta-harta ini dikeluarkan dalam bentuk sedekah dan Zakat. Ini sebagai simbol membersihkan harta mereka daripada sesuatu yang Haram.

Renungan Buat Kita Semua

Published by Peah under , on Thursday, October 15, 2009

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah...awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


 

Lipsum

Followers