KITA YANG KERDIL...

di bawah naungan-NYA

Zikir Mampu Cerah Wajah

Published by Peah under on Thursday, December 11, 2008
Berzikir juga boleh mendatangkan kyusuk dlm sembahyang........perkara
yang paling utama.

Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di
antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada
berzikir dengan lisan semata-mata.

Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.

Pertama - Zikir dengan lisan saja.

Kedua - Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.

Ketiga - Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.

Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali
memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan
lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam
keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang
bermaksud :

"Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang
perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk
mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar".

Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengucapkan
'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya
sepohon pokok tamar dalam Syurga" - Petikan dari Hadis riwayat Muslim.

Hikmat lain adalah berturutan seperti :-

Pertama - Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada
hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.

Kedua - Menimbulkan kejernihan,

Ketiga - kemanisan pada hati dan wajah.

Keempat - Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah
serta dimurahkan rezekinya.

Kelima - Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya
kerajaan Allah. Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
Ini terbukti dalam menjana kehidupan seharian sepanjang hayat yang kita
lalui sama ada kita sedar atau sebaliknya.

Keenam - Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian Malaikat.
Memperoleh pohon tamar dalam Syurga kelak, semakin banyak berzikir maka
semakin banyak pohon tamar itu untuknya.

Ketujuh - Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia
ini, di alam barzakh(kubur) dan juga pada titian sirat nanti.

Kelapan - Dapat membina rumah dan juga istana dalam Syurga. Apabila kita
berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di Syurga.

Kesembilan - Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada Neraka
jahanam
. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk
segala kebaikan.

Kesepuluh - Dapat menghalau dan mematahkan gangguan Syaitan terhadap
dirinya. Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam
hatinya.

Kesebelas - Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan
juga penyakit. Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan
dan kebimbangan.

Kedua belas - Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil . Dapat
melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.

Ketiga belas - Apabila seseorang itu menyertai majlis bacaan yassin,
tahlil, zikir dan selawat , dia sebenarnya menyertai majlis yang di
hadiri oleh Malaikat.

Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah
sepertimana dalam firmanNya bermaksud : Ingatlah kamu kepadaKu ketika
kamu senang dan susah , maka Aku akan mengingatimu.

Sebuah dari kisah-kisah Rasulullah s.a.w

Published by Peah under on Thursday, December 11, 2008
Rasulullah s.a.w dan seorang pengemis.
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sehingga baginda wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum saya kerjakan?".
Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi kehujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu ?".
Abu Bakar RA menjawab, "saya orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "saya memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. saya adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini saya selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA. Saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
Wahai saudaraku, mampukah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya berniat untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.
Kalaupun tidak mampu kita meneladani beliau seratus peratus, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Maulidur Rasul - 12 Rabi'ul Awal

Published by Peah under on Thursday, December 11, 2008
"Ya Allah saksikanlah betapa kami mencintai Rasul-Mu, betapa kami sangat ingin bertemu dengan kekasih-Mu, betapa kami sangat ingin meniru semua perilakunya yang indah; semua budi pekertinya yang agung, betapa kami sangat ingin dibangkitkan nanti di padang Mahsyar bersama Nabiyullah Muhammad, betapa kami sangat ingin ditempatkan di dalam syurga yang sama dengan syurganya Nabi kami. Ya Allah saksikanlah...Ya Allah saksikanlah Ya Allah saksikanlah"
RasululLah s.a.w
Yang lemah lembut memimpin tetangga
Yang ahli dalam menderma dan bermurah hati
Yang sebaik-baik makhluk
Yang suci dari dosa
Yang bagaikan bintang bercahaya
Yang nurnya meninggikan darjat Adam
Yang di belakangnya terdapat tanda kenabian
Yang perintahnya dipatuhi awan
Yang dahinya cemerlang dan berambut hitam
Yang mendengar gerit kalam Lauh Mahfud
Yang pandangannya tembus ke langit tujuh
Yang harum tapak kakinya penyembuh unta
Yang diimani binatang Dhab
Yang pohon-pohon bersalam dengan hormat
Yang batu-batu berbicara kepadanya
Yang batang kurma menangis ditinggalkannya
Yang kedua tangannya tampak berkah
Yang hatinya tidak pernah tidur
Yang memaafkan bila disakiti
Yang diam bila dimusuhi
Yang berbicara dengan Allah tanpa penghalang
Yang melakukan Isra’ di malam hari
Yang hanya Allah penghiburnya
Yang menjadi rahmat bagi sekalian alam
Yang menjadi penghulu para nabi
Yang mulia keturunannya
Yang lurus perjalanan hidupnya
Yang Allah dan malaikat bersolawat kepadanya
Yang ilmu seluas laut
Yang tutur katanya adalah al Qur’an
Yang nurnya tercipta dua ribu tahun sebelum Adam
Yang yang lahirnya di Makkah
Yang hijrahnya ke Madinah
Yang ummatnya sebaik-baik ummat
Yang sepertiga ummatnya tanpa hisab ke syurga
Yang diciptakan sebelum segala sesuatu tercipta
Yang memenuhi alam dengan nurnya
Yang ‘Arsy pun bergoncang karena kelahirannya
Yang lahir dalam keadaan bersujud
Yang lahir dalam keadaan berkhitan
SubhanAlLah
Ya RasululLah, salam alaika!
 

Lipsum

Followers