KITA YANG KERDIL...

di bawah naungan-NYA

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Published by Peah under on Saturday, November 29, 2008
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa
besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya
kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada
zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang
sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati
dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing
anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi
pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki
ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing
anjing hitam.


Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun
untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda
yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau
sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar,
walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki
yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu
dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke
atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak
perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang
lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air
yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan
minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang
diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan
air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu;
isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat
kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan
akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak,
suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak
biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang
tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?


Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak!
Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak
yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah
hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni
hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra'
Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada
Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".
Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang
yang lemah di bawah tanggunganmu" . Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari
segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan
yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

0 comments:

Post a Comment

 

Lipsum

Followers