KITA YANG KERDIL...

di bawah naungan-NYA

Zikir Mampu Cerah Wajah

Published by Peah under on Thursday, December 11, 2008
Berzikir juga boleh mendatangkan kyusuk dlm sembahyang........perkara
yang paling utama.

Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di
antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada
berzikir dengan lisan semata-mata.

Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.

Pertama - Zikir dengan lisan saja.

Kedua - Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.

Ketiga - Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.

Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali
memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan
lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam
keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang
bermaksud :

"Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang
perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk
mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar".

Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengucapkan
'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya
sepohon pokok tamar dalam Syurga" - Petikan dari Hadis riwayat Muslim.

Hikmat lain adalah berturutan seperti :-

Pertama - Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada
hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.

Kedua - Menimbulkan kejernihan,

Ketiga - kemanisan pada hati dan wajah.

Keempat - Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah
serta dimurahkan rezekinya.

Kelima - Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya
kerajaan Allah. Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
Ini terbukti dalam menjana kehidupan seharian sepanjang hayat yang kita
lalui sama ada kita sedar atau sebaliknya.

Keenam - Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian Malaikat.
Memperoleh pohon tamar dalam Syurga kelak, semakin banyak berzikir maka
semakin banyak pohon tamar itu untuknya.

Ketujuh - Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia
ini, di alam barzakh(kubur) dan juga pada titian sirat nanti.

Kelapan - Dapat membina rumah dan juga istana dalam Syurga. Apabila kita
berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di Syurga.

Kesembilan - Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada Neraka
jahanam
. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk
segala kebaikan.

Kesepuluh - Dapat menghalau dan mematahkan gangguan Syaitan terhadap
dirinya. Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam
hatinya.

Kesebelas - Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan
juga penyakit. Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan
dan kebimbangan.

Kedua belas - Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil . Dapat
melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.

Ketiga belas - Apabila seseorang itu menyertai majlis bacaan yassin,
tahlil, zikir dan selawat , dia sebenarnya menyertai majlis yang di
hadiri oleh Malaikat.

Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah
sepertimana dalam firmanNya bermaksud : Ingatlah kamu kepadaKu ketika
kamu senang dan susah , maka Aku akan mengingatimu.

0 comments:

Post a Comment

 

Lipsum

Followers